
|
Navigation Inbox
Supporters
Timeline
Credits
| Mungkin? Manusia ni kalau tak bagi sentap takkan sedar. Penipu ke kita? Tersebutlah sebuah kisah.. Ada seorang suami yang sering mengungkapkan kata-kata cinta kepada isterinya.."Aku CINTA pada mu" ... "Sungguh! Aku Benar-benar Cinta Padamu.." ... "I Luv U..I really really love you"
...Boleh dikatakan, hampir setiap malam si suami akan mengulangi kata-kata cinta yang sama sebelum mereka tidur.. ..Tetapi, hal ini hanya berlaku pada waktu malam sahaja...
Apabila tiba waktu siang.. Lain pula ceritanya..
~Cara isterinya tak betul.. "Cara awak masak ni tak betul, sebab tu tak sedap...Awak patut belajar dengan mak saya!"
~Penampilan isterinya memalukan.. "Fesyen baju awak ni tak up-to-date ..Malu saya nak bawak awak jumpa lawan-kawan saya"
~Malas nak ambil tahu apa kerisauan isterinya.. "Pasal anak-anak, awak fikirlah sorang-sorang..Saya ada banyak lagi benda lain yg nak difikirkan"
Dan apabila tiba waktu malam... Si suami masih lagi mengulang ayat-ayat cinta untuk isterinya seperti malam-malam sebelumnya
dan begitulah yg terjadi setiap hari.. bertahun-tahun lamanya.. sampai isterinya mati..
.... Sekiranya kita berada di tempat si isteri tadi.. bolehkah kita percaya bahawa suami kita mencintai diri kita, dengan setulus hatinya sebagaimana yang diberitahu pada setiap malam..?? Sedangkan di siang hari, kata-kata cinta itu tidak pernah dibuktikan dgn perbuatannya??? ....
Begitulah apa yang telah terjadi pada hari ini, Kita selalu dengar orang kata...
"Ya Rasulullah, aku cinta padamu.." "Ya Rasulullah, aku sayang padamu.." "Allahumma Solli A'la Muhammad" "Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw" Tetapi dalam masa yg sama,
Dia tak suka lihat orang yang meniru penampilan Rasulullah saw,
"Apalah dia pakai jubah pergi Tesco.."" Rimas aku tengok janggut dia"" Pakai serban & kopiah??..ha-ha..never!"
Cara hidup dia pun jauh daripada cara hidup Rasulullah saw,
"makan kat lantai?? ..sakit pinggang laa" "nak masuk bilik air pun kena tutup kepala..? Aihh..leceh la"" gosok gigi guna kayu??..awak takde duit nak beli berus gigi ke?"
Dia juga tak mahu fikir macam mana fikir risau Rasulullah saw terhadap umat ini..
"orang sebelah rumah tak pakai tudung?..aghh..lantaklah dia..kubur masing2"" anak tak solat subuh?..alaa..malaslah nak tegur,nanti dia lambat gi sekolah pulak" "sepupu bawak pakwe balik kampung?...biarlah...dia dah besar..pandailah fikir sendiri" "mak pak sedara bergaduh?..malas den nak campur..hal orang-orang tua"
Kalau beginilah sikap kita..
Agak-agaknya..bila kita berjumpa dgn Rasulullah saw di akhirat nanti...
Nak tak Baginda saw a percaya yang kita benar-benar mencintai baginda?
Nak tak Baginda saw mengaku yang kita ni umatnya?
Tepuk dada, mari tanya diri sendiri.. ~~Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah saw?
bak kata omputih.."Action speaks louder than words" :P
Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa yang mencintai sunnahku, dia mencintaiku. Dan barangsiapa yang mencintaiku, dia akan bersamaku di dalam syurga" (Maksud Hadis) Bukan orang senang بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم Aku bukan orang senang Si pendosa Aku malu. Jangan singkirkan malu itu Sdkt perkongsian... Kopi dan pasta Selama ni kita perhati. Kita diam. Lepastu kita sedih sorang-sorang. Dear akhawat yang kita sayang kerana Allah, Allah ciptakan hawa dengan sifat malu. Maka awak-awak sekalian, janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak. Kerana malu itu sebahgaian daripada iman wahai mawar agama. Dear muslimah, Dan instinct itu biasa. Tak perlu layan. Jangan cepat kata kita dah jatuh cinta. Jangan murahkan nilai cinta, Kerana cinta itu mahal" Kalau ada lelaki nak mengorat awak. Jangan terlalu cepat percaya. Jangan terlalu cepat jatuh. Dia tak serius. Dia cuma main-main. Dia cuma nak test. Kalau dapat, dapat. Kalau tak dapat, dia cari orang lain.Kalau dia serius dia tak akan membazirkan masa dengan benda yang sia-sia. Serius cuma sia-sia. Kalau dia serius, dia akan buat dengan serius. Dapatkan dengan cara terhormat, Dear fatayat, Awak, tak perlu cantik-cantik depan syabab. Dia stranger. Dia outsider. Cantik untuk yang sepatutnya je. Awak, Dear mawar agama, Daripada, Wanita Kau Permata Assalamu'alaikum, sedikit perkongsian.. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.” “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!” “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?” “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?” “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?” Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!” Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!” “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!” “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!” “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!” “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!” “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!” “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!” Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia. Qiamulail ku yang pertama Bismillahirahmanirahim KALAU IKUT HATI , MATI YA ALLAH JAUHKAN AKU DARI KEMAKSIATAN INI |